6 CARA SELEPAS MEMBELI DOMAIN
Domain dah beli, apa langkah seterusnya? 1. Dapatkan Hosting Plan Perkara pertama selepas membeli nama…
Oleh Movahost
3 Apr, 2020

Domain dah beli, apa langkah seterusnya?

1. Dapatkan Hosting Plan

Perkara pertama selepas membeli nama domain adalah dapatkan plan hosting. Tak tau di mana nak cari boleh klik link ni https://movahost.my/ atau di mana-mana pembekal registrar yang berdaftar.

Selalunya pembekal akan menawarkan pakej hosting dan domain. Harga setiap pakej ini bergantung kepada kelajuan hosting tersebut.

Hosting berfungsi sebagai tapak web untuk laman web anda. Umpama kehidupan manusia memerlukan rumah untuk berteduh bergitu juga laman web (website) memerlukan hosting (server) untuk menempatkan data-data di dalam website.

2.Link Domain Anda Ke Sosial Media

Anda boleh link kan domain anda ke laman sosial anda seperti facebook, twitter dan lain-lain. Pastikan nama yang digunakan pada domain tidak terlalu panjang. Ini bagi memudahkan pencarian laman web anda.

3.Trademarkkan Perniagaan Anda

Trademark ini bermaksud sesuatu yang melambangkan identiti produk kita. Ia penting untuk perniagaan. Jadi anda perlu mencipta satu trademark untuk website anda (logo, lambang, icon) agar data-data anda tidak dicuri, di tukar hak milik atau di salah guna. Anda boleh trademarkkan logo anda di Myipo (International property corporation of Malaysia).

4.Bina Alamat Email Perniagaan Anda

Perkara paling penting adalah untuk membina satu email khas bagi perniagaan anda. Ini menjadikan perniagaan anda lebih sistematik dan memudahkan pelanggan menghantar notifikasi atau maklumat kepada anda.

5.Bina Dan Reka Website Anda

Bahagian yang paling ditunggu-tunggu iaitu membina website anda! Anda boleh mencipta/membina website anda mengikut cara anda dan kreativiti anda sendiri. Bagaimana pula jika anda tidak tahu untuk membina website?

Jangan risau anda boleh menggunakan perkhidmatan developer untuk membina website anda. Selalunya harga upah di kenakan mengikut jenis kesukaran untuk design website anda. Anda boleh menggunakan servis dari MOVAHOST untuk membina website idaman anda.

6.Viralkan Website Anda

Viralkan website anda! Bagaimana untuk membuatkan laman web anda terkenal? Anda boleh mepromosikan laman web anda dengan sharekan link laman web anda di laman sosial seperti facebook, twitter, telegram dll. Penggunaan nama pada website juga memainkan peranan yang penting untuk menarik minat pengguna-pengguna melawati laman web anda.