
WORK FROM HOME, tiga patah perkataan yang tanpa sedar telah berkuatkuasa di dunia disebabkan pandemic COVID-19 yang telah menolak ribuan orang untuk mencari rezeki dan keluar dari rumah. Kemelut ini telah mengubah gaya kerja masyarakat di Malaysia.
Tidak dinafikan, bekerja dari rumah bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan terutama untuk kaum wanita yang terikat dengan tugas sebagai pekerja dalam masa yang sama sebagai suri rumah yang mengguruskan keluarga.
BAGAIMANA NAK KONSISTEN DAN PRODUKTIF UNTUK BEKERJA DI RUMAH?
Tips Untuk Konsisten Bekerja Dari Rumah:
1. PERANCANGAN
Rancang jadual kerja anda, anda boleh menggunakan aplikasi untuk membantu anda menguruskan masa seperti menggunakan TIMEBOXING. Ini membantu merancang hari dan minggu anda. Anda tidak suka penjadualan secara manual menggunakan kertas? Anda boleh menggunakan clickup, Google calendar, Google Sheets atau Google Docs dan banyak lagi.
2. FOKUS
Pekara paling penting adalah fokus. Fokus adalah mengutamakan perkara paling penting dalam keadaan terpenting. Anda boleh menggunakan garis panduan ini untuk membantu anda sepanjang tempoh bekerja dari rumah ini.
Gunakan:
- 75% (Keutamaan kepada kerja anda)
- 15% (Pekara kecemasan)
- 9% (Adalah benda yang perlu dilakukan segera tetapi tidak beberapa penting seperti check email)
- 1% (Pekara yang memang tidak penting seperti membaca iklan, bermain permainan komputer/ REST TIME)
3. PEKA DENGAN TANGGUNGJAWAB, TUGAS, DAN MASA
Anda harus peka dengan tugas dan tanggungjawab anda. Bahagikan masa anda supaya tidak menganggu waktu kerja anda.
TANGGUNGJAWAB:
Siapkan makanan untuk di makan Ketika waktu tengahari/ lunch time di awal pagi sebelum mula waktu bekerja. Dengan cara ini, tanggungjawab anda sebagai isteri / ibu telah dilaksanakan. Ia tidak akan mencuri waktu anda bekerja untuk menyediakan makanan untuk seisi keluarga.
TUGAS:
Jalankan tugas dan arahan yang diberikan oleh majikan sebaiknya. Siapkan tugasan yang paling mendapat permintaan tertinggi untuk di siapkan terlebih dahulu.
MASA:
Jika anda bukan orang yang menepati masa, dan susah untuk menguruskan masa bekerja, anda perlu bantuan alatan digital untuk menjadikan anda seorang yang menepati masa. Sebagai contoh, anda boleh setkan setiap masa untuk anda siapakan sesuatu tugasan menggunakan jam loceng, google calender dan lain-lain.
4. PERGI BEKERJA
