Mengapa Web Sistem Mahal?
Kenapa web sistem dikenakan caj yang tinggi? Persoalan yang sering di persoalkan. Mari kita rungkaikan…
Oleh Movahost
20 May, 2020

Kenapa web sistem dikenakan caj yang tinggi? Persoalan yang sering di persoalkan. Mari kita rungkaikan mengapa web sistem mahal!

Ini persoalan yang sering diajukan kepada pembangun laman web dan freelancer laman web daripada prospek dan klien.

Mengapa perkara ini berlaku ?

1. Prospek kurang jelas apa yang mereka akan terima daripada sistem laman web tersebut dengan terperinci.

2. Prospek tidak mengambil kira soal keselamatan sistem, nampak dari sudut luaran sahaja.

3. Prospek tidak pernah terfikir bahawa sistem laman web perlu dikemaskini untuk kekal relevan dengan kehendak pengguna semasa dan potensi kerentanan sekuriti semasa.

Bagi prospek dan klien yang tidak memikirkan perkara diatas, memang mereka fikir membuat sistem laman web itu hanya ‘design hadapan’ sahaja, sedangkan ‘design dalaman’ yang menjalankan sistem tersebut juga perlu diambil kira. Sistem laman web juga memerlukan hosting server untuk memastikan laman web boleh diakses  24jam/7hari, ibaratnya seperti menyewa sebuah kedai untuk memastikan web sistem dapat berfungsi pada setiap masa.

Jika anda tidak membayar hosting server,sistem laman web anda akan tergendala, samalah keadaannya seperti anda tidak membayar sewa kedai. Bagaimana mencari pembekal hosting yang menawarkan harga yang berpatutan? Jika anda ragu-ragu untuk mencari pembekal hosting, anda boleh membeli hosting dengan MOVAHOST. Movahost menawarkan pakej-pakej hosting menarik untuk anda. Anda Boleh layari https://movahost.my/ .

Pernah terjadi, terdapat satu akaun yang menggunakan sebuah sistem lawan web orang lain telah digodam dan kerugian sebanyak RM370 kredit dalam akaun tersebut. Pekara ini tidaklah asing dengan godaman akaun. Ini memandangkan sistem laman web yang mereka gunakan sudah digunakan sejak 8 tahun lepas atau lebih dan tiada perubahan dari segi sekuriti untuk sistem laman web tersebut dan semakin hari, semakin banyak cara godaman boleh dilakukan. Tiada sistem yang betul-betul selamat, apatah lagi sistem yang langsung tidak pernah dikemaskini.

Jelas? Mengapa web sistem amat mahal?

Jadi, apabila ditanya, kenapa harga web sistem mahal ? Jawapannya :

  • Sistem laman web yang dibangunkan khas bersesuaian dengan apa yang pelanggan mahukan seperti yang diminta pada requirement.
  • Sistem yang diberikan adalah yang terkini dan lebih selamat mengurangkan potensi daripada sistem anda digodam.
  • Servis kemaskini dan kos penjagaan sistem dan server untuk memastikan sistem dapat berjalan seperti yang sepatutnya pada setiap masa.
  • Rekaan design yang bersesuaian dengan logo, tema dan permintaan daripada klien atau prospek.
  • Servis copywriting yang bersesuaian dengan pelawat sistem laman web dimana terdapat klien atau prospek yang tidak menyediakan copywriting dan perlu disediakan oleh pembangun laman web.
  • Servis tambahan hosting server seperti bahagian sekuriti (antivirus, plugin,autobackup), penambahan spesifikasi dan sebagainya.
  • Penggunaan sistem premium atau berlesen sama ada pembayaran jenis recurring atau one time payment sahaja.
  • Servis SEO yang agak penting untuk memastikan laman web tersebut boleh dijumpai pada enjin carian seperti Google Search.
  • Servis integrasi sistem sekiranya perlu dihubungkan dengan sistem yang lain.

Ingat satu pekara, semakin tinggi harga sesebuah sistem, maka potensi untuk digodam semakin rendah.

Jadilah pengguna yang bijak, lindungi data anda sebelum terlambat.